Kalender Puasa 2015

 
 

 


Jom sesama kita berpuasa. Bagi aku ini adalah diet terbaik sebenarnya, kita sebenarnya tak perasan. Dari kita tahan lapar sekat makanan itu ini, baik kita berpuasa. 

Puasa mempunyai hikmat-hikmat dan faedah-faedah yang banyak, antaranya :
  • Menandakan kesyukuran kepada Allah kerana nikmat-nikmat yang banyak kepada hamba-hambanya.

  • Melatih jiwa supaya mempunyai rasa kasih dan belas terhadap orang-orang yang susah menderita.

  • Melatih jiwa supaya bersih daripada sifat tamak, sombong, hasad dan dengki.

  • Melatih diri supaya bersifat sabar dan tahan menempuh ujian-ujian dalam perjuangan hidup.

  • Menanam semangat perpaduan kerana sama-sama menunaikan kewajipan yang sama itu dapat menimbulkan semangat perpaduan.

  • Menanam semangat sama rata dan menjauhkan sifat beza membeza di antara kaya miskin, hina mulia, raja dan rakyat kerana sama-sama menjunjung perintah Allah.

  • Melatih diri supaya mempunyai peraturan-peraturan dan menghargakan masa, kerana puasa mempunyai batas-batas waktu yang tertentu.

  • Membersihkan anggota-anggota di dalam tubuh dari daki-daki dan lemak-lemak makanan yang bekerja sepanjang tahun.

  • Memberi kerehatan kepada alat-alat di dalam tubuh, terutamanya alat pengisar makanan yang bekerja sepanjang tahun.

  • Memberi peluang untuk memperbanyakkan amal ibadat, kerana bulan ramadhan mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada bulan-bulan lain seperti Lailatul Qadar dan sembahyang tarawih.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen jgn x komen krn komen2 anda amat la sy hargai...tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...