macam mana nk bulih dr berjudi ????

hahaha... kalau dipikir-pikirkan boleh ke orang berjudi ni elok...bukan macam dah minum arak ker? susahkan nak hilang. Memang susah ketagihan ni dah sebati dengan diri, aku gasa azab hendak hilangkan. okey aku dapat atikel ni dr web virtualfriends.net

aku copy paste untuk membantu sesama kita manalah tahu ada sedara mara kita yang ada penyakit ni..

Orang yang ketagihan judi , mereka sendiri tidak mahu berjudi , apabila mereka dalam keadaan waras atau beriman.

Judi secara tidak langsung adalah merupakan “dadah” kepada mereka yang ketagihan judi.

Terdapat dua kategori kaki judi iaitu :
“Action gamblers” iaitu “Kaki Judi Aksi” yang ketagih bermain judi untuk melihatkan risiko dan aksi. Seperti bertaruh dalam perlawanan sukan dan bermain daun terup.

Kedua ialah “Escape gamblers” iaitu “Kaki Judi Melarikan Diri” iaitu kaki judi yang berjudi kerana masalah tekanan emosi , kesunyian dan kerungsingan.

Berikut ialah Program 5 Langkah untuk merawat ketagihan judi.

Langkah 1 : Menyedari keinginan untuk berjudi adalah merupakan tanda kepada penyakit ketagihan judi dan yakin ianya boleh dirawat.

Langkah 2 : Jangan salahkan diri sendiri dan cuba fahami bahawa keinginan untuk berjudi boleh menyebabkan kerosakan fizikal pada otak.

Langkah 3 : Tumpukan perhatian. Apabila keinginan untuk berjudi datang jangan tunggu ianya akan hilang. Alihkan perhatian untuk melakukan perkara yang bermanafaat.

Langkah 4 : Lama kelamaan apabila tiga langkah di atas diamalkan penagih judi akan menyedari bahawa judi tidak lagi mempunyai kuasa untuk membuatkan mereka ketagih. Keinginan berjudi hanyalah “sisa toksik” dalam otak.

Langkah 5 : Doa. Doa adalah merupakan senjata paling utama untuk orang Islam. Sentiasa berdoa setiap waktu , setiap hari agar dipulihkan dari penyakit ketagihan judi.

Tip kepada ahli keluarga penagih judi untuk membantu penagih judi :
Berterus terang dengan mereka yang ketagih judi
Galakkan mereka yang ketagih judi berjumpa kaunselor , ustaz atau pendakwah
Beritahu mereka yang ketagih judi ini ALLAH Maha Pengampun

Sayanglah umat manusia. Kita merasa amat kasihan apabila mereka mencampakkan diri mereka sendiri dalam kebinasaan. Yang kita benci hanyalah perbuatan mereka yang melanggar perintah ALLAH. Pandanglah semua insan dengan perasaan belas kasihan.

Firman Allah:
“Mereka bertanya kepadamu tentang minum khamar(segala macam minuman yang memabukkan) dan berjudi. Katakanlah: “Kedua macam (perbuatan itu) adalah dosa besar (dan ada manfaat) bagi manusia, tetapi dosanya jauh lebih besar dari manfaatnya itu”. 
(Al-Baqarah: 219)
Lagi dalil Allah didalam Al-Quran. Allah ta’ala telah berfirman yang mafhumnya:
“Wahai orang-orang mukmin. Sesungguhnya arak, judi, berhala, anak panah (judi) adalah najis (kotor) dari kelakuan syaitan. Jauhilah ia supaya kamu beroleh kemenangan. Sesungguhnya syaitan bertujuan menjadikan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan judi, serta menghalang kamu dari mengingati Allah dan mendirikan solat”. 
(Al-Maidah, 90-91)

Semoga sesiapa yang terkene penyakit ni pulanglah kepangkal jalan... Tidakkah ko kesian dekat meraka yang sayang kat ko ha.....

2 ulasan:

  1. kat kampung saya ramai yang kaki tikam nombor, sampai bergenerasi. Teruk tapi pelik bila tok imam pun buat bodo ja.

    BalasPadam
  2. @Ekmi Rabathehe..kekadang nak salah tok iman pun x bleh...ini dh jd penyakit hati 2 yg susah...aper2 pun terima kasih sbb singgah..salam perkenalan

    BalasPadam

komen jgn x komen krn komen2 anda amat la sy hargai...tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...