1. Kebaikan Dua Orang

Tiada kebaikan di dunia ini melainkan kepada dua orang - seorang yang mengerjakan beberapa dosa lantas diiringi dengan taubat, dan seorang yang segera mengerjakan kebaikan.

2. Tiga Perkara Merbahaya

Tidak ada yang lebih membahayakan manusia melainkan 3 perkara :-
a) Memikul sesuatu yang ia tidak berupaya kerana percaya kepada kekuatannya
b) Tidak berusaha kerana bersandar kepada Qadha dan Qadar
c) Tidak berjaga-jaga dalam makanan kerana bersandar kepada kesihatan yang baik

3. Akal Tumbuh Seperti Tanaman

Akal tumbuh seperti tumbuhnya tanam-tanaman dan bajanya adalah dengan ilmu dan pengalaman

4. Kesudahan Kebenaran & Kebatilan

Sesungguhnya kebenaran itu berat (sukar) tetapi baik kesudahannya. Sesungguhnya
kebatilan itu ringan dan buruk kesudahannya

5. Jangan Lupa Tanggungjawab Kepada Allah

Janganlah engkau terlalu sibuk menghabiskan masa untuk urusan keluarga dan anakmu (sehingga lalai terhadap tanggungjawab kepada Allah dsb), kerana jika mereka itu adalah kekasih Allah, maka sesungguhnya Allah SWT tidak akan mensia-siakan kekasihNya, tetapi jika mereka itu musuh Allah, maka apakah gunanya kesibukan dan segala usahamu terhadap musuh-musuh Allah ?

6. Tiada Kebaikan Pada Hati....

Sebagaimana tiada kebaikan pada bejana (bekas) yang tidak dapat menyimpan (melindungi) sesuatu di dalamnya, begitulah juga tidak ada kebaikan pada hati yang tidak dapat menyimpan (menyembunyikan) rahsia.

7. Menyembah @ disembah Harta

Orang yang pemurah itu disembah harta sementara orang yang kikir itu menyembah
harta.

8. Tiap-Tiap Perkataan....

Tiap-tiap perkataan yang tidak ada padanya peringatan kepada Allah itu adalah tidak berfaedah, tiap-tiap diam yang tidak diikuti dengan berfikir itu adalah kelalaian dan setiap pandangan yang tidak dapat memberi pengajaran itu adalah sia-sia

9. Sejahat Manusia

Sejahat-jahat manusia ialah orang yang tidak pedulikan manusia melihat dia berbuat kejahatan

10. Malulah Kepada....

Malulah dari mencela orang yang kalau dia hadir, nescaya engakau berlebih-lebihan memujinya dan malulah dari memuji orang yang kalau dia tidak hadir, nescaya engkau cepat-cepat mencelanya.

11. Jangan Bersekutu Dengan Iblis....

Janganlah engkau jadi daripada golongan yang melaknat Iblis di tempat ramai dan menjadi temannya di tempat sunyi.

12. Hati Adalah Ladang

Sesungguhnya sesetengah perkataan itu ada yang lebih keras dari batu, lebih tajam dari tusukan jarum, lebih pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara. Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamlah ia dengan perkataan yang baik, kerana jika tidak tumbuh semuanya (perkataan yang tidak baik), nescaya tumbuh sebahagiannya.

13. Bandingan Perkataan Yang Lembut & Kasar

Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati-hati yang lebih keras daripada batu-batu gunung dan perkataan yang kasar itu dapat mengkasarkan hati yang lebih halus daripada sutera.

14. Bandingan Keadilan

Keadilan itu benteng yang tidak boleh dikarami (dipecahkan) oleh air, tidak dapat dihangusi oleh api dan tidak dapat dihancurkan oleh meriam.

15. Kelebihan Orang Berakal

Orang berakal itu mempunyai dua kelebihan; akal yang ia dapat mengambil faedah (dengannya) dan perkataan yang ia dapat memberi faedah (dengannya)


MUTIARA HIKNAH

1. Jaga Lidahmu

"Hati itu adalah tempat rahsia dan bibir itu kuncinya sementara lidah adalah anak kuncinya. Oleh itu hendaklah setiap orang menjaga anak kunci rahsianya".

2. Kebaikan Ilmu

"Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu, tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab, tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal dan tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut".

3. Bandingan Akal Dan Harta

"Akal itu menteri yang menasihat dan harta itu seorang tamu yang akan berangkat"

4. Bandingan Perkataan

"Perkataan itu seperti ubat; jika engkau gunakan sedikit daripadanya akan memberi faedah, tetapi jika digunakan terlalu banyak akan membahayakan"

5. Siarkan Kebaikan Orang

"Apabila engkau berbuat kebaikan sembunyikan, dan apabila orang membuat kebaikan
kepadamu hendaklah engkau sebarkan"

6. Dunia

"Dunia itu awalnya payah, akhirnya binasa, halalnya dihisab dan haramnya diazab"

7. Bala Terhebat

"Manusia yang mendapat sehebat-hebat bala dan paling banyak kesusahan ialah orang yang mempunyai lidah yang terlepas dan hati yang tertutup iaitu dia tidak dapat diam dan tidak pandai memperelaokkan kata-katanya"

8. Bergaullah Dengan Baik

"Bergaullah sesama manusia dengan satu pergaulan yang jika kamu tiada, mereka akan rindu kepada kamu dan jika kamu mati mereka akan menangisimu"

9. Nasib Si Pemarah Dan Putus Asa

"Tidak akan engkau dapati orang yang pemarah itu senang, tidak yang berakal itu tamak, tidak yang pemurah itu dengk dan tidak yang berputus asa itu kaya"

10. Sabar

"Kesabaran itu ada dua iaitu sabar menahan sesuatu yang engkau benci dan sabar
melepaskan sesuatu yang engkau suka. Dan yang kedua itu lebih berat atas nafsu"


SOLAT DITOLAK


Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan arang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya".

Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).

4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.

6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.

7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.

8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

9. Orang yang suka makan riba.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT."


MUTIARA HIKMAH


1) 4 Perkara Yang Tidak Diketahui Kadarnya

Hatim berkata : "4 perkara yang tidak diketahui kadarnya melainkan oleh 4 perkara

a) Muda tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang tua

b) Kesejahteraan (kedamaian) tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang terkena bala

c) Kesihatan tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang sakit

d) hidup tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang telah mati


2) 4 Perkara Yang Lebih Baik

a) Malu daripada lelaki adalah baik tetapi daripada perempuan lebih baik

b) Adil bagi setiap orang adalah baik tetapi daripada pemerintah lebih baik

c) Taubat daripada pemuda adalah baik tetapi daripada orang tua lebih baik

d) Dermawan daripada orang kaya adalah baik tetapi daripada orang miskin lebih baik


3) Kalau Tidak Kerana...

a) Kalau tidak kerana orang saleh, akan hancurlah semua orang jahat

b) Kalau tidak kerana ulama' nescaya akan jadilah semua manusia itu seperti binatang

c) Kalau tidak kerana pemerintah yang baik, akan berpecahlah manusia kepada kehancuran


4) Orang Yang Paling Kuat

"Orang yang paling kuat ialah orang yang dapat bangun waktu Subuh"


5) Akibat Selalu Kenyang...

"Sesiapa yang selalu kekenyangan maka banyaklah dagingnya, dan siapa yang banyak
dagingnya maka kuatlah nafsunya, siapa yang kuat nafsunya maka banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya maka keraslah hatinya dan sesiapa yang keras hatinya maka tenggelamlah dia dalam bencana dunia serta keindahannya"


6) Buah Akal, Iman Dan Fizikal

"Buah akal ialah ilmu pengetahuan, buah jiwa ialah ilmu pengetahuan dan buah fizikal ialah kemajuan. Alangkah indahnya kalau ketiga-tiga anggota itu melahirkan buah dalam kehidupan"


7) Rugi Meninggi Diri

"Gunung yang tinggi tidak boleh menakung air tetapi lembah yang rendah boleh menjadi tasik yang saujana memandang luasnya". Ertinya, orang yang meninggi diri, orang tidak akan jatuh hati kepadanya. Sebaliknya orang yang merendah diri dapat mengambil hati orang tanpa bersusah payah.


8) Pahala Percuma

"Apakah kamu rasa kecil dan malu dihina ? Apakah kamu tidak tahu orang yang dihina itu sebenarnya memungut pahala percuma tanpa perlu bersusah payah"


9) Bermusuh Dengan Sibijak

"Bemusuhan dengan seorang yang bijak lebih merbahya daripada bersahabat dengan 100 orang yang bodoh" - peribahasa Arab


10) Semulia Manusia

"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat" - Khalifah Abdul Malik bin Marwan


11) Kepuasan

"Anda tidak boleh memberi kepuasan kepada semua orang, tetapi anda boleh memberi kepuasan kepada golongan yang berakal, beradab dan terpilih" - Ibnu Maqaffa


12) Akhlak Yang Buruk

"Adab dan akhlak yang buruk seperti tembikar yang sudah pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah" - Wahab Munabih


13) Keadilan

"Keadilan itu syurga bagi orang dizalimi dan neraka bagi penzalim" - Saidina Umar bin Al-Khatab


14) Keadilan Raja

"Keadilan pada diri seorang raja umpama sebentuk mutiara. Meskipun empunya telah
mati, mutiara itu tetap bercahaya"


MUTIARA HIKMAH


1) Dunia Adalah Lautan Dalam

"Bahawasanya dunia ini lautan yang dalam dan ramai manusia yang telah karam. Oleh sebab itu jadilah kapalmu di dunia ini taqwa kepada Allah, muatannya adalah iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah, nescaya kamu akan selamat"


2) Pendusta Adalah Pencuri

"Pendusta itu adalah pencuri, kerana pencuri itu mencuri hartamu dan pendusta itu mencuri aqalmu"


3) Semakin Banyak Semakin Mahal

"Tiap-tiap sesuatu apabila banyak menjadi murah, kecuali aqal, kerana semakin banyak semakin mahal"


4) Perumpamaan Lidah

"Lidah itu pedang pemutus yang tidak boleh diukur ketajamannya dan perkataan itu anak panah yang terlepas yang tidak boleh dikembalikan lagi"


5) Sahabat Yang Baik

"Sahabat yang baik itu lebih baik daripadamu kerana nafsumu sangat cenderung kepada kejahatan, sedangkan sahabat yang baik itu, tidak ia menyuruh melainkan kebaikan"


7) Malulah Kepada Diri Sendiri

"Barangsiapa malu kepada manusia tetapi tidak malu kepada diri sendiri bererti tiada harga dirinya pada pandangannya"


8) Malu Lebih Baik Daripada Takut

"Sifat malu yang ada pada anak kecil itu lebih baik daripada takut, kerana malu itu menunjukkan kepada aqal dan takut itu menunjukkan kepada kebaculan"


9) Bandingan Orang Berakal Dan Bodoh

"Orang yang berakal itu bergantung (bersandar) kepada ilmunya sementara orang yang bodoh itu bergantung kepada harapannya"


10) Bandingan Benar

"Benar itu tiang agama, sendi adab dan pokok kesopanan, maka tidak sempurna yang tiga perkara ini melainkan dengan benar itu"


11) Jagalah Lidah

"Sesungguhnya lidah binatang itu buas, jika engkau ikat dia nescaya ia akan menjagamu, dan jika dilepaskan ia akan menerkammu. Oleh sebab itu hendaklah kamu berkata dengan lidah sekadarnya dan hendaklah engkau berhati-hati daripadanya"


11) Ikatlah Lidah

"Ikatlah lidahmu melainkan terhadap :-

a) kebenaran yang akan engkau nyatakan

b) kebatilan yang akan engkau hilangkan

c) hikmah yang akan engkau siarkan

d) nikmat yang akan engkau sebut-sebutkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen jgn x komen krn komen2 anda amat la sy hargai...tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...